Wednesday, September 4, 2013

Selamat Datang -Ahlan Wasahlan-

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..

Selamat datang ke blog Homestay Berkat. Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke Homestay Berkat. Alhamdulillah, dengan izin Allah, Homestay Berkat siap dibina dengan jayanya pada 05/09/2013 bersamaan 29 Syawal 1434H. (Khamis)



Homestay Berkat

(Bajet,Selesa, dan Ceria)

Kami menawarkan penginapan yang jimat dan selesa. Pengalaman berada di Homestay Berkat seperti berada di rumah anda sendiri. Homestay ini sesuai untuk seisi keluarga dan sesuai digunakan jika anda ingin bercuti dan kenduri-kendara di sekitar Kubang Pasu. Pihak anda pasti berpuas hati dengan perkhidmatan homestay al-Barakah kerana homestay ini dilengkapi dengan set lengkap seperti di rumah. Tambahan pula, kedudukan homestay ini yang strategik dan berdekatan dengan Bandar Darulaman.



Alamat Homestay

No 36, Jalan Mahkota  Taman Mahkota, 06000 Jitra, Kedah.
-Terletak di belakang Kolej Komunit Bandar Darulaman.

Kemudahan

- 1 ruang tamu dilengkapi set sofa dan televisyen.
- 3 bilik tidur dilengkapi dengan kipas syiling dan 2 set penghawa dingin.
- 2 bilik air/tandas.
- 1 ruang makan bersama 1set lengkap meja makan.
-  ruang dapur dilengkapi dengan set pinggan mangkuk.