Terma dan Syarat

Berikut merupakan terma dan syarat yang wajib dipatuhi oleh setiap penginap al-Barakah Homestay :-

CHECK IN - 2 PETANG
(Boleh masuk awal sekiranya tidak ada penginap di al-Barakah Homestay pada hari tersebut)

 CHECK OUT - 12 TENGAH HARI
(Boleh keluar lewat sekiranya tidak ada penginap yang akan masuk di al-Barakah Homestay pada hari tersebut)

Untuk TEMPAHAN
  •  Membuat bayaran deposit RM 50 bagi mengesahkan tempahan anda.
  •  Kami mengamalkan konsep 'FIRST COME, FIRST SERVE'. Setelah deposit dibuat, barulah tempahan anda untuk tarikh tersebut 'CONFIRM'.
  •  Baki wang MESTILAH dibayar sewaktu check in pada hari tersebut secara 'TUNAI'
  •  Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya tempahan dibatalkan oleh pihak anda. Sekiranya pembatalan dibuat, sila beritahu kami dengan kadar segera.
  •  Wang deposit akan dikembalikan jika tiada sebarang masalah setelah check-out.
PERATURAN
  • Dilarang membawa masuk haiwan peliharaan
  • Dilarang membawa masuk barangan tidak halal disisi Islam seperti arak dan khinzir
  • Dilarang berkhalwat dengan pasangan yang bukan muhrim, terlibat dengan kegiatan maksiat dan tidak bermoral, dilarang berjudi.
  • Tilam tambahan, toto, bantal, selimut, sejadah, kerusi dan meja ada disediakan
  • Jaga seperti rumah sendiri. Jaga kelengkapan rumah dengan cermat, kemas dapur/bilik tidur/keseluruhan rumah seperti sedia ada.
  • Anda dilarang menjemput tetamu tanpa kebenaran. Hanya anda & yang dinyatakan sahaja sebagai tetamu. Tetamu yang lebih akan dikenakan bayaran.
  • Dilarang mencuri, mengambil & merosakkan kelengkapan di rumah ini. Setiap kerosakan akan dikenakan surcaj,kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa. 


Pihak pengurusan,

al-Barakah Homestay

No comments:

Post a Comment